Seminngu sahaja lg sebelum Final Barrier Exam,
Jumaat, semalam, merupakan hari yg agak parah bagiku, Clinical Assesment untuk Musculoskletal Block. Tapi syukur, semuanya dah lepas. Dalam fikiran, wahh malam ni bole iftar dengan Batch Virillion, lepas tu bolehla fikir study.
Tapi, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat kan?
Dalam perjalanan ke Nasi Ayam Penyet Best Kompleks PKNS Shah Alam, tangan ni gatal pulak nak check fb. Ternampak la news yang result utk clinical exam tu dah keluar. Dua benda yg diuji smlm, history taking dan physical examination. dan, yaa aku gagal bg bhgian history taking.
Tak tahu nak kata apa, ini kali kedua aku gagal, pertamanya dulu wktu quiz biochem. Perasaan nak change course mulala membuak2. Aku cuba sedapkan hati. Semua benda ada hikmah kan. Mungkin juga aku tak prepare baik2 utk bhgian tu.Atau mungkin niat aku tak cukup tetap lg nak amik course ni sbnrnya.
Kemudian, dpt pula berita yang ayah kurang sihat kt rumah, niat nak mengadu dibatalkan. Aku tak cukup kuat untuk ini. Takpe kita tetap cuba senyum k :)
Jai, bangkit, bangkit, bangkit ! Jangan mudah mengalah. Allah sentiasa ada.