Zaman lampin sudah berlalu,
Zaman puting sudah berlalu,
Zaman susu DUMEX sudah juga berlalu,
Lahirnya 2.9 kg sebesar tapak tangan.
Besarnya skrg 19 tahun, setinggi-tinggi 1.77 meter
beratnya pula 57 kilogram, amboi ringannya.
Barang sudah di bungkus ,
Pakaian , Alatan Mandi , apa lagi yang aku terlupa?
Makanan sahaja 2 beg aku pikul,
Menunggu masa untuk meninggalkan rumah,
Alangkah indah, rumah juga bisa di bungkus.
Sekolah rendah aku tinggalkan,
Sekolah Menengah aku ceraikan,
Dengan Pasum aku berpisah,
bersama Universiti Malaya, wahai jodohku , kita betemu jua
Cita-cita memanjat menara gading, sudah terlaksana,
Alhamdulilah,
Tuhan punya kuasa ini semua kehendak-Nya.
Masukku disana dengan satu niat,
Belajar, belajar , dan belajar.
Segala ilmu dunia mahupun akhirat,
inshaaAllah,
jadikan aku apa yang terbaik di jalan-Mu.
Ya Allah,
Mohon tidak terpesong dan memesong.
Lillahita'ala sucikan lah niatku.
Bukalah pintu hatiku,
Rendahkanlah hatiku,
dalam menimba ilmu-Mu.
Ingatkanlah aku sentiasa kepada-Mu,
IbuBapaku, Tanggungjawabku serta amanahku.
#WhySoSerious? haha
all the best buat anda-anda yang bakal2 bergelar mahasiswa dan mahasiswi,
siapa je tak nervous sekarang kan, hati berkocak, muka je watlek watpiece,
siapa je nak tinggalkan rumah. siapa je rasa cuti 3 bulan tu cukup
di mana2 pun kita berada jangan lupa di mana kita berpijak.
All the best!
All the best!
All the best!
InshaaAllah, semua boleh berjaya hee
Road to success is under construction.
Memecah ruyung, untuk kita peroleh sagunya. :)
Izhar Ishak Zaiton
MBBS UM, esok hari, inshaaAllah :)
Mohon maaf andai ada salah dan silap.
Salam Kemerdekaan,
Salam Aidilfitri,
Assalamualaikum :3
Mohon maaf andai ada salah dan silap.
Salam Kemerdekaan,
Salam Aidilfitri,
Assalamualaikum :3